Gambar via 7News.com
Tiada Kategori

Elakkan Akaun Anda Di Hack, Pakar Senaraikan Password Yang Kerap Digunakan Oleh Pengguna

Nabila

Password merupakan kata kunci yang digunakan untuk log masuk aplikasi milik kita. Bagaimanapun, kebanyakkan daripada kita yang lalai dan cuai sehingga memberikan jalan mudah bagi penjahat siber.

Menurut penyelidikan, masih ramai orang menggunakan kata laluan yang mudah digodam seperti “123456789”, “password” dan “iloveyou”. Hal ini, segelintir orang tidak mampu mengingati sesuatu perkara yang berkemungkinan susah.

Kata laluan “123456” adalah kata laluan yang paling biasa orang gunakan pada tahun 2020 dengan 2,543,285 pengguna.

NordPass, sebuah syarikat pengurusan kata laluan mengatakan bahawa tidak banyak beza jenis penggunaan kata laluan pada tahun 2020 berbanding pada tahun 2019.

Berikut adalah 10 senarai kata laluan yang kerap digunakan sepanjang tahun 2020 ini:

  1. 1123456

  2. 123456789

  3. picture1

  4. password

  5. 12345678

  6. 111111

  7. 123123

  8. 12345

  9. 1234567890

  10. senha

Sekiranya kata laluan anda tersenarai, mungkin sudah waktunya untuk membuat perubahan kepada kata laluan yang sukar untuk digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Anda disarankan tidak menggunakan kata laluan yang berdasarkan maklumat peribadi seperti nombor telefon, tarikh lahir, atau nama anda.

Sumber: 7 News.Com