Seperti sedia maklum, kerajaan telah melanjutkan lagi tempoh moratorium dan bantuan bank selama tiga bulan sebagai usaha membantu rakyat yang benar-benar memerlukan akibat penularan wabak Covid-19.
Susulan itu, Timbalan Menteri Kewangan II, YB Tuan Mohd Shahar Bin Abdullah dalam satu kenyataan, menggesa orang ramai untuk mengemas kini status moratorium mereka secepat mungkin.
Ianya bagi mengelakkan peminjam yang masih memerlukan bantuan pasca moratorium mempunyai rekod kredit buruk selepas tempoh moratorium berakhir iaitu pada bulan September.
”Saya menggesa orang ramai untuk segera memberi maklum balas atau pergi ke bank masing-masing untuk mengesahkan pakej bantuan bayaran balik pembiayaan yang ditawarkan.
”Ini penting terutamanya bagi peminjam yang masih memrlukan bantuan pasca moratorium, untuk mengelakkan rekod kredit menjadi buruk selepas September 2020,” katanya.


Sumber: Bernama TV