Perdana Menteri Kanada telah mengambil langkah yang mengejutkan apabila dia mengumumkan untuk membekukan semua akaun bank perserta protes antivaksin ekoran yang berlaku di negara itu.
Justin Trudeau telah melaksanakan Akta Darurat tersebut untuk menghalang protes tersebut berlanjutan.
Skop sekatan tersebut tidak mempunyai ‘had masa’, ‘munasabah’, serta tidak akan berlaku sebarang kerahan anggota tentera.
Ini bermakna pihak bank boleh membekukan akaun peribadi dan insuran kenderaan mereka yang terlibat dengan protes tersebut tanpa arahan dari mahkamah.
Menurut laporan Evening Standard, protes terhadap vaksin telah tersebar ke seluruh negara termasuk ibu negara, Ottawa. Sejumlah 500 buah trak yang diparkir di pusat bandar selama 18 hari ini.
“Langkah ini bertujuan untuk memastikan keselamatan rakyat Kanada lain dan melindungi pekerjaan setiap individu.
“Undang-undang ini akan digunakan buat sementara waktu dengan cara yang sangat khusus,” katanya dalam sebuah sidang akhbar.
Sementara itu, ratusan peserta demonstrasi antivaksin dilihat masih kekal berhimpun di ibu negara Kanada yang memasuki minggu ketiga.
Sumber: Evening Standard