Gambar: ImageFX

Elak Jerawat Di Dagu, Ketahui 4 Tip Penting

Aina Munirah

Elak Jerawat Di Dagu, Ketahui 4 Tip Penting

Kecantikan wajah merupakan satu topik yang sering dibicarakan tanpa mengira usia dan jantina. Dari dahulu hingga kini, ramai yang sanggup melaburkan wang demi mendapatkan kulit wajah yang berseri.

Bukan itu sahaja, penjagaan kulit wajah ini merupakan perkara yang perlu dititikberatkan agar seseorang itu menjadi lebih berseri dan yakin di hadapan orang ramai.

Namun, walaupun ada yang menghabiskan wang untuk memastikan wajah mereka tetap sihat, masalah-masalah asas seperti jerawat di muka tidak dapat dielakkan.

Masalah ini mungkin boleh berlaku apabila seseorang itu terlalu stres, tercemar dengan persekitaran, pencuci muka atau bahan kosmetik yang tidak sesuai dan sebagainya.

Maka, muncul jerawat-jerawat di wajah terutamanya di bahagian tertentu seperti dagu. Untuk mengetahui sebabnya, ikuti perkongsian dari Hello Doktor di bawah ini.

Apa punca jerawat di dagu?

Mesti anda tertanya-tanya, apa punca jerawat di dagu dan rahang, bukan? Jawapannya disebabkan hormon.

Kanak-kanak lelaki sering mendapat jerawat di sepanjang garis rahang semasa meningkat remaja. Kanak-kanak perempuan dan wanita pula mudah mendapat jerawat pada dagu semasa kitaran haid.

Kawasan muka terutamanya di bahagian hidung, dagu, dahi, pipi atau sekitar bibir, leher, belakang badan, dada dan lengan adalah tempat yang mudah untuk timbul jerawat. Punca jerawat di dagu dan anggota lain disebabkan kelenjar minyak berada di seluruh badan anda.

Sebum membantu mengekalkan kulit dan rambut anda terhidrat dan berkilat. Akibatnya, jerawat kadang-kadang boleh muncul pada bahagian kelopak mata anda (kulit mata), punggung, telinga, kulit kepala, ketiak dan alat kelamin luar (zakar atau labia).

BACA: Jangan Ambil Ringan, Ini Kesan Kepada Tubuh Badan Jika Kurang Minum Air

4 cara hilangkan jerawat di dagu

Sama ada anda mempunyai jerawat di dagu dan atas bibir, ikuti langkah di bawah untuk hilangkan jerawat anda!

1. Basuh kulit anda sekurang-kurangnya sekali sehari

Pencuci muka ialah produk penjagaan kulit yang membantu membersihkan kulit anda. Namun, pastikan anda memilih produk yang sesuai dengan kulit juga ya?

Anda perlu membasuh muka sekali sehari dengan air suam bersama pencuci muka agar muka sentiasa bersih. Basuh juga kulit anda setiap kali selepas bersenam.

2. Elakkan guna produk penjagaan kulit yang ada kandungan ini

Bahan seperti alkohol, astringen, toner yang mempunyai bahan pengelupasan boleh merengsakan kulit anda. Ini akan menghakis skin barrier dan membuatkkan kulit anda mudah naik jerawat.

3. Tanggalkan alat solek sebelum tidur

Ketika waktu malam, skin barrier menjadi ‘lemah’ kerana mahu memperbaiki dan membuat sel kulit baru.

Jangan biarkan alat solek di bahagian muka semasa anda tidur. Hal ini kerana, bahan pencemar boleh meresap ke dalam kulit pada waktu malam dan kemudian menyebabkan kerengsaan pada kulit anda.

Jadi, jangan lupa untuk tanggalkan make up dan biar kulit anda berehat ya!

4. Jangan sentuh atau memicit jerawat

Tahukah anda, jerawat yang dipicit boleh meninggalkan parut pada kulit? Oleh Itu, lebih baik anda biarkan jerawat anda sembuh secara semula jadi walaupun mengambil masa berhari-hari.

Jika rutin penjagaan kulit di rumah anda tidak berkesan untuk merawat jerawat, gunakan produk yang menghalang pertumbuhan jerawat seperti di bawah:

  • Retinol: Retinol berfungsi untuk jerawat dengan menghalang liang tersumbat

  • Sulfur: Sulfur boleh ‘menghakis’ lapisan luar sel kulit dan ia akan membantu mengelakkan pori-pori daripada tersumbat. Berita baiknya, ia akan menghalang pertumbuhan jerawat bakteria

Picit jerawat bukan solusinya!

Sekarang anda sudah tahu cara untuk atasi jerawat di dagu dan atas bibir, bukan? Dengan menjaga kebersihan diri dan mengelakkan tabiat menyentuh muka tanpa mencuci tangan, punca jerawat di kawasan ini juga dapat dicegah dengan lebih berkesan.

BACA: Elak Sakit Sendi, Ketahui Persiapan Awal Sebelum Mendaki

Sumber: Hello Doktor