
Elak Bau Hanyir, Ketahui Cara Cuci Ikan Dengan Betul
Tidak dinafikan, ramai yang menggemari lauk-pauk atau juadah yang berasaskan ikan. Hal ini kerana, ikan merupakan salah satu sumber protein yang mudah diperoleh.
Namun, walaupun ia sering menjadi pilihan untuk dijadikan juadah oleh ramai orang, ikan juga dikaitkan dengan masalah bau hanyir yang kurang menyenangkan.
Bau hanyir tersebut bukan sahaja menjejaskan selera, malah turut merosakkan kualiti makanan jika tidak diurus dengan betul.
Biasanya, ikan yang sering dikaitkan dengan bau atau rasa hanyir yang kuat ini ialah ikan-ikan dari sungai, paya, sawah seperti ikan keli, patin, belut dan macam-macam lagi.
Tetapi, sebenarnya cara untuk menghilangkan masalah hanyir ikan ini tidaklah susah.
Salah seorang pengguna Facebook, Farisyah Risya, ada berkongsi tips untuk menghilangkan bau hanyir ikan. Ikuti perkongsiannya di bawah ini.
Menurutnya, hanyir ikan boleh dihilangkan dengan cara mencuci dahulu ikan anda.
Selepas dicuci hingga bersih, anda boleh rendam sebentar dengan limau kasturi serta tambah sedikit pes asam jawa.
Selepas itu, bilas semula sehingga bersih dan hasilnya, ikan anda akan lebih segar dan wangi.
Selepas semuanya bersih, bau hanyir pun hilang, anda boleh mula memasak resipi kegemaran anda.
Jadi, selepas ini, tiada lagi alasan untuk anda cakap tidak tahu cara untuk pastikan ikan tidak berbau hanyir.
Menjengah ke ruangan komen, ada yang turut memberi cadangan bahawa anda juga boleh menghilangkan hanyir ikan dengan cara membasuh ikan anda menggunakan tepung gandum.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Sumber: Farisyah Risya