Polis memberi amaran kepada semua pemandu e-hailing di negara ini untuk berhati-hati daripada menjadi mangsa penjenayah yang menggunakan taktik terbaru bagi menipu pemandu.
Menurut kenyataan, terdapat lima (5) modus operandi yang digunakan suspek termasuk meminta pemandu untuk berpatah balik dengan alasan tertinggal telefon bimbit di rumah.
Mangsa yang terpedaya hanya menyedari ditipu apabila menerima pesanan ringkas (SMS) yang memberitahu terdapat penggunaan sehingga RM500 atau lebih untuk pembelian aplikasi judi dalam talian.
PERHATIAN SEMUA PEMANDU E-HAILING DI MALAYSIA..!!
Admin dimaklumkan ada taktik baru penjenayah untuk menipu pemandu-pemandu e-hailing.
Modus operandi yang digunakan suspek adalah seperti berikut:-
1. Suspek akan membuat tempahan e-hailing di sekitar Lembah Klang.
2. Suspek kemudian meminta pemandu untuk berpatah balik dengan alasan telefon bimbit tertinggal di rumah.
3. Suspek akan meminta pinjam telefon bimbit pemandu kononnya untuk menghubungi isteri/rakan. Kemudian saspek akan memaklumkan tidak berjaya menghubungi isteri/rakan tersebut.
4. Suspek kemudian menyerahkan kembali telefon bimbit kepada pengadu dan turun dari kenderaan setelah pemandu telah berpatah balik.
5. Suspek kemudian tidak muncul dan gagal dihubungi.
Mangsa akan menyedari telah diperdaya apabila memeriksa bil telefon atau menerima SMS memaklumkan terdapat pembelian/penggunaan sehingga RM500 atau lebih untuk pembelian aplikasi judi dalam talian.
Maka admin nak pesan, hati-hati. Jangan jadi mangsa. Sebarkan pesanan kasih sayang ini kepada semua pemandu e-hailing di Malaysia.
Sumber: Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police