Ambil kesempatan di sebalik kesempitan.
Itulah perumpamaan yang boleh diberikan terhadap seorang individu dipercayai ejen pinjaman kewangan yang didakwa menggunakan tangkap layar (screenshot) akaun bank sumbangan untuk rider Grabfood orang kelainan upaya (OKU) yang kehilangan motosikalnya kelmarin.
Memetik hantaran di halaman Facebook Peon_JB, individu tersebut didakwa menggunakan gambar akaun berjumlah RM10,684.66 itu sebagai bahan iklan untuk mempromosi servis pinjamannya.

Gambar: Peon_JB
Gambar: Peon_JBNamun begitu, usahanya tidak pergi jauh apabila dia diserang netizen bertalu-talu melalui hantaran mesej, panggilan dan sebagainya.
Mana tidaknya, nombor telefonnya terpapar dengan jelas dalam iklan tersebut.
Akhirnya individu berkenaan tampil membuat permohonan maaf secara peribadi dengan Peon_JB di aplikasi Instagram.
Gambar: Peon_JBPerlakuan mengambil kesempatan sebegini seharusnya tidak boleh diamalkan oleh mana-mana individu.
Namun pihak Peon_JB terpaksa bertindak tegas sedemikian rupa kerana mereka sendiri yang berusaha menguruskan bantuan sumbangan untuk penunggang Grabfood OKU tersebut tempoh hari.
Seperkara lagi, jumlah wang yang banyak seperti tertera dalam gambar tersebut dibimbangi mungkin akan turut dicuri dan digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Semoga kejadian ini memberi pengajaran untuk individu tersebut agar tidak mengulangi lagi kesilapan pada masa akan datang.
Mengimbas kembali, motosikal milik Jal dilaporkan hilang selepas dicuri dalam satu kejadian kelmarin.
Hasil kepantasan netizen menyebarkan maklumat itu, motosikal tersebut berjaya ditemui semula di satu lokasi pada tengah hari semalam.
Dalam pada itu, pihak Peon_JB lah yang membuka sumbangan orang ramai untuk membantu Jal.
Alhamdulillah, pada semalam juga, bantuan tersebut telah diserahkan kepada Jal oleh ahli-ahli Peon_JB yang terlibat.

Gambar: Peon_JBTerima kasih Peon_JB atas usaha ini, semoga mendapat balasan baik berlipat kali ganda oleh Allah SWT nanti.
Baca: Motor Grabfood OKU Viral Hilang Semalam Dilaporkan Sudah Ditemui
Sumber: Peon_JB