Sekali lagi ‘Egg Boy’ menyumbangkan wangnya untuk mangsa serangan masjid di Christchurch. William Connolly yang terkenal selepas membaling telur di kepala Senator Australia, Fraser Anning yang mendakwa orang Muslim menjadi angkara kepada serangan pengganas itu berlaku.
Foto kejadian dia membaling telur ke arah Senator AustraliaPada bulan Mac lalu, dia sudah menyumbangkan wang dana yang diperolehinya itu kepada keluarga mangsa serangan. Kali ini, sekali lagi dia mendermakan wang dananya sebanyak $99,922 (RM 420, 000). Perkongsian ini daripada laman Instagramnya.
Menurut daripada laman Instagramnya, akhirnya dia berjaya menyumbangkan sejumlah yang besar untuk dipindahkan ke Yayasan Mangsa Christchurch. Umum mengetahui, dia menjana pendapatan untuk menyumbang dana tersebut daripada aplikasi “Go Fund Me”.
Terbaru, lagi satu aplikasi tersebut diperkenalkan untuk mebantu menampung kos yuran guamannya. Tetapi, kesnya ditarik semula jadi tiada sebarang bayaran undang-undang yang perlu dibayar. Oleh itu, kesemua wang tersebut di danakan kepada mangsa serangan.
Dia berharap agar dia sentiasa dapat menolong mangsa-mangsa serangan ini dengan lebih banyak.
Sumber: BBC