
Ebit Lew, insan hebat yang dikenali ramai ini tidak pernah mengenal erti penat dalam menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Tak kira di mana ceruk sekalipun, beliau akan turun padang membantu.
Bantuan yang dikirimkan pula tidak mengira perbezaan agama, warna kulit mahu pun taraf kehidupan. Selagi terdaya, selagi itu ‘hero’ ini akan terus berkhidmat kepada masyarakat.
Menerusi hantaran terbaharu di Facebook, Ebit Lew bermurah hati untuk menghadiahkan RM200 ribu kepada 400 orang dengan setiap seorang di antaranya mendapat sebanyak RM500.
Peruntukan itu merupakan hadiah yang akan diberikan kepada 400 orang guru yang mengajar di masjid dan surau termasuk mereka yang berkhidmat di kuil, tokong dan gereja yang kehilangan pendapatan.
”Doakan ya. Saya nak bagi hadiah RM 200,000 untuk 400 orang dengan seorang mendapat rm500. Hadiah untuk guru yang mengajar di Masjid dan Surau yang hilang pendapatan.
”Begitu juga yang berkhidmat di Kuil, Tokong dan Gereja. Boleh hubungi atau wasap 01170315822. Semoga menjadi asbab kebaikan,” tulis beliau.
Sumber: Ebit Lew