Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy dikatakan masih berunding dengan pemimpin-pemimpin dunia bagi mendapatkan sokongan dalam cubaan menghentikan pencerobohan Russia ke atas negara mereka.
“Saya sambung berunding dengan para pemimpin. (Ukraine) peroleh sokongan dari pemimpin Qatar, Sheikh Tamim Hamad al-Thani. Dunia bersama kita,” katanya.
Pada masa yang sama, Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden turut mengutuk tindakan Rusia yang melancarkan serangan besar-besaran terhadap negara itu.
“Presiden Zelenskyy menghubungi saya malam ini dan kami baru selesai bercakap. Saya mengutuk serangan tanpa provokasi dan tidak sepatutnya yang dilakukan tentera Rusia,” ujar Biden.
Tambah Biden, Zelenskyy turut meminta beliau menyeru pemimpin-pemimpin dunia untuk menjelaskan solidariti mereka terhadap Ukraine.
“Dia (Zelenskyy) meminta saya menyeru para pemimpin dunia untuk menyuarakan dengan jelas penentangan mereka terhadap serangan yang dilancarkan Presiden Putin dan berdiri di belakang rakyat Ukraine,” kata beliau.
Sumber: Twitter Volodymyr Zelenskyy, Joe Biden