Dalam keadaan ekonomi yang dilihat tidak menentu sejak kebelakangan ini, pasti kita akan cari inisiatif supaya boleh kurangkan pembelanjaan harian kita ketika keluar bekerja. Antara salah satu inisiatif yang boleh diguna pakai adalah dengan membawa bekal ke pejabat. Tapi, tidak semua orang mempunyai masa untuk sediakan bekal pada waktu pagi, tapi tidak bagi mereka yang sudah berumah tangga.
Pada kebiasaannya, bila dah berumah tangga isteri akan menyediakan bekal kepada suami untuk dibawa ke pejabat dan makan pada waktu rehat. Kalau dah namanya air tangan isteri, tidak kiralah laut apa pun mestu sedap dan mampu membuka selera si suami yang sedang lapar pada waktu yang sama dapatlah kurangkan kos makan di luar dan lebih jimat.
Namun, baru-baru ini tular pula sebuah video di aplikasi TikTok milik @bosshukex di mana salah seorang rakan mereka yang telah berkahwin di ‘bahan’ oleh rakan-rakan yang lain kerana membawa makanan yang dibekalkan oleh isterinya ke pejabat. Lebih melucukan, bekas yang digunakan olehnya adalah bekas yang diguna semula dan juga bekas yang mempunyai gambar kartun pada bahagian atasnya.
Walau bagaimanapun, menerusi video yang berikutnya, rakan yang ‘membahan’ tempoh hari mengalami nasib yang sama bila terpaksa membawa makanan yang dibekalkan oleh isteri. Disebabkan malu, lelaki tersebut sorok bekas makanan itu di dalam baju. Apa yang membuatkan perkara tersebut tambah lucu adalah lauk yang dibekalkan kepada mereka berdua adalah laut yang sama iaitu ayam masak lemak cili api.
Apa kata netizen
Meneroka ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan reaksi yang ditonjolkan dalam kedua-dua buah video lebih-lebih video yang kedua apabila lelaki tersebut diperli. Pada waktu yang sama, sempat juga mereka meninggalkan pesan kepada mereka untuk menjaga bekas makanan.
“Tupperware tu jangan hilangkan…”

“Bini yang masak untuk isteri memang rajin…”

“Ni mesti persatuan bini-bini Malaysia buat masakan sama….”

Sumber: Bosshukex