
Semua rakyat harus menanamkan semangat patriotik yang tinggi kepada negara ini. Ditambah pula apabila berada di dalam bulan kemerdekaan, semangat tersebut harus disemarakkan demi menyambut hari merdeka yang akan menjelang tidak lama lagi.
Namun, menerusi perkongsian oleh seorang individu di Twitter, semangat menyambut kemerdekaan dilihat sudah semakin pudar apabila ianya sudah tidak dizahirkan lagi oleh rata-rata rakyat negara ini.
Katanya, bendera bukan sahaja sudah kurang dipasang, filem-filem patriotik juga sudah tidak lagi ditayangkan malah stesen tv dan radio juga sudah tidak lagi memainkan lagu-lagu patriotik yang boleh menyuntik semangat merdeka.




Rata-rata netizen yang membanjiri ruangan komen turut dilihat bersetuju dengan pendapat tersebut.
Malah, sebilangannya menyifatkan semangat patriotik dalam rakyat negara ini sudah semakin pudar, ditambah dengan pelbagai isu semasa yang berlaku.



Sumber: Twitter @Marchfoward