
Tidak dinafikan kulit yang berminyak dan berjerawat memerlukan masa dan ruang untuk penjagaan kulit wajah. Bahkan ia emerlukan masa untuk dibelai supaya liang-linag pori tidak tersumbat.
Bukan wanita sahaja yang impikan kulit yang cantik lagi berseri tetapi para lelaki juga ada yang inginkan kulit wajah berseri dan memukau semua mata yang memandang. Untuk dapatkan kulit yang cantik mudah, tetapi memerlukan kerajinan yang padu untuk rutin penjagaan wajah tersebut.
Jika inginkan kulit yang baik dan sihat, rutin penjagaan perlu dititkberatkan seperti memerlukan produk yang sesuai dan terbaik. Apa yang dikongsikan oleh seorang jejaka ini dapat menjadi sumber inspirasi kepada semua.
Seorang pengguna Twitter, Fildza Daniel berkongsi detik ‘hitam’ semasa kulit wajahnya “breakout” dan merasa kesakitan pada wajah akibat daripada jerawat.

Yang mana tak pernah ada masalah jerawat pasti tidak pernah tahu betapa susah dan kesakitan yang di alami oleh orang yang ada masalah jerawat ini. Saya lihat gambar-gambar lama sewaktu mengalami masalah jerawat yang teruk dan rasa nak kongsi kepada anda semua.
Sebelum itu, cuma nak korang tahu dah banyak klinik kulit, dan facial serta bermacam lagi tapi tak berkesan. Saya membelanjakan banyak wang di klinik aestetik yang instafamous pergi pun tak jalan. beribu duit habis tapi tak berkesan dan ada yang semakin teruk.

Pada waktu itu, saya pergi klinik aesthetik, Idealyst Clinic dan lihat tidaklah terlalu berkesan untuk kulit. Setiap kali datang rawatan tu dalam RM 1500 termasuk ubat. Sebelum itu, saya pergi buat facial dekat Herbaline, Aester Spring tapi tidak berkesan juga.
Waktu ini, saya sangat tak yakin untuk berjumpa dengan orang dan rasa tidak selamat. Sesetengah orang ada bertanya saya tak cuci muka dan jaga kulit ke tapi saya dah habis beribu untuk itu. Boleh tak korang bayangkan betapa kecewanya saya. Saya rasa macam terlalu kecewa dan nak biarkan saja.



Jejaka ini telah berkongsi beberapa ubat untuk penjagaan kulit jika ada masalah jerawat daripada cadangan Dr. Ko. ianya sangat memberi kesan yang mendalam kepada kulitnya hingga hilang masalah jerawat tersebut.

Selepas berjumpa dengan Dr pakar, jumlah yang dibelanjakan untuk masalah kulitnya agak tinggi tapi memberi kesan yang baik.

Selepas hilang masalah jerawat tersebut, dia pergi untuk membuat laser hilangkan parut-parut supaya tidak kelihatan berlubang pada wajah.



Semoga ia bermanfaat kepada korang semua yang membacanya.

Sumber: Fildza Daniel