
MILO® meraikan ulang tahun ke-75 sebagai jenama yang membekalkan tenaga dan khasiat kepada rakyat Malaysia menerusi sambutan ‘Arena Sarapan Juara’ selama lima hari di Dataran Sunway Pyramid.
Selama tujuh dekad lebih, MILO® bukan sekadar minuman malt coklat, ia menjadi sebahagian daripada rutin pagi rakyat Malaysia. Daripada meja sarapan hingga ke hari sukan sekolah, setiap cawan MILO® memberi tenaga dan semangat untuk memulakan hari dengan bertenaga. Kini, sambil meraikan 75 tahun perjalanan, MILO® terus kekal dengan nilai yang sama: Pemakanan, Sukan dan Kelestarian.
Dengan semangat “Dulu, Kini dan Selamanya demi Malaysia,” MILO® mengimbau warisannya yang kaya, membawakan kebaikan semula jadi daripada barli malt, susu dan koko. Sebagai minuman malt coklat pertama di Malaysia yang menerima pensijilan Logo Pilihan Sihat, MILO® kekal menjadi sumber tenaga berkhasiat untuk semua peringkat umur.
Ulang tahun ini juga menandakan peranan berterusan MILO® dalam memupuk gaya hidup aktif, menyokong kelestarian dan membina masyarakat sihat, satu cawan pada satu masa. Sumbangan MILO® terhadap dunia sukan juga tidak dapat disangkal. Dari Klinik Juara MILO®, MILO® Hidup Bola hingga Hari Sarapan MILO® Malaysia, pelbagai program akar umbi telah membantu mencungkil bakat muda, menggalakkan penyertaan dan menanam semangat kesukanan dalam kalangan generasi baharu. Ramai atlet negara hari ini bermula di bawah sepanduk hijau MILO® bukti bagaimana sukan membentuk disiplin, semangat dan jati diri.
MILO® juga komited terhadap masa depan bumi melalui inisiatif Tenaga Untuk Kebaikan, yang menekankan pengeluaran bertanggungjawab, pembungkusan mesra alam dan pendidikan kelestarian. Di kilangnya di Chembong, Negeri Sembilan yang juga merupakan kilang pengeluaran MILO® terbesar di dunia, pelbagai usaha dijalankan untuk meningkatkan kecekapan tenaga, mengurangkan sisa dan memperkenalkan inovasi pembungkusan lestari.

Dalam komuniti pula, MILO® terus menggerakkan pelbagai inisiatif kesedaran daripada amalan kitar semula hingga pemilihan makanan sihat demi membentuk rakyat Malaysia yang lebih prihatin terhadap kesihatan dan alam sekitar.
Sebagai kemuncak sambutan, MILO® menjemput orang ramai ke Dataran Ulang Tahun Ke-75 MILO®: Arena Sarapan Juara, dari 29 Oktober hingga 2 November 2025 di LG2 Blue Concourse, Sunway Pyramid. Pengunjung boleh menikmati sarapan berkhasiat, menyertai aktiviti Tenaga Untuk Kebaikan, dan membeli barangan eksklusif MILO®. Acara lima hari ini bukan sekadar imbauan nostalgia, tapi juga meraikan perjalanan jenama ini menuju masa depan yang lebih hijau dan sihat.



Menurut Ng Su Yen, Pegawai Eksekutif Perniagaan MILO® di Nestlé (Malaysia) Berhad:
“Selama 75 tahun, MILO® telah memainkan peranan penting dalam pembangunan sukan, sekolah dan komuniti di Malaysia. Kami akan terus membekalkan tenaga untuk kebaikan kepada generasi seterusnya, menggalakkan gaya hidup aktif, memupuk tanggungjawab terhadap alam sekitar, dan menjadikan bumi lebih hijau.”