cikgu jejak tandas guru
Kredit: Cikgu Misai
Tiada Kategori

Dulu Dilarang Masuk, Kini Dah Jadi Cikgu Akhirnya Dapat Jejak Tandas Guru

Sofea

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Dulu Dilarang Masuk, Kini Dah Jadi Cikgu Akhirnya Dapat Jejak Tandas Guru

Jika mengimbas kembali kenangan ketika di zaman persekolahan, banyak yang mungkin berputar di benak fikiran kita. Telatah rakan-rakan, nasihat guru, kantin sekolah dan perhimpunan, semuanya mempunyai makna yang tersendiri.

Bagi sesetengah orang, momen ketika di sekolah itu menjadi salah satu memori penting yang akan diingati hingga ke tua.

Bagaimanapun, sama ada sedar atau tidak, kita semua mempunyai pengalaman yang kolektif ketika di zaman sekolah. Maksudnya, sesetengah momen bukan sahaja dialami oleh individu tertentu, tetapi juga oleh hampir setiap pelajar, walaupun bersekolah di tempat berbeza.

Salah satu darinya adalah keinginan untuk memasuki tandas guru. Boleh dikatakan hampir semua pelajar ingin masuk ke tandas guru kerana ia lebih bersih berbanding tandas pelajar.

Malah, sebenarnya ramai yang tertanya-tanya apa yang ada dan bagaimana suasana dalam tandas guru.

Kebiasaannya, pelajar tidak dibenarkan memasuki tandas guru, namun ada juga yang mungkin berjaya menyelinap ke dalamnya.

Bercakap mengenainya, seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Cikgu Misai membuatkan orang ramai terhibur apabila memuat naik video mengenai impiannya untuk masuk ke tandas guru menjadi kenyataan selepas dia sendiri menjadi seorang cikgu.

BACA JUGA: Sekolah Berasrama Di UK Lantik AI Sebagai Pengetua

“Masuk ke tandas guru telah menjadi kenyataan,” katanya.

Menerusi video itu, dia dilihat membuka pintu tandas dengan penuh kegembiraan.

Videonya itu telah menyingkap kembali memori orang ramai ketika di zaman sekolah.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut berkongsi pengalaman mereka mengenai tandas guru. Malah ada yang berkata mereka juga teringin untuk memasuki ruang kantin guru.

“Yang selalu guna tandas cikgu senyap senyap hadir”

“Tandas ok lagi kantin tempat cikgu makan aku teringin nak masuk sangat”

“Sebelum ni saya praktikal kat sekolah lama saya, rasa serba salah nak masuk tandas guru”

“Next kantin guru bang…impian jugak tu masa sekolah rendah”

“Saya selaku suami cikgu selalu masuk tandas guru waktu cuti sekolah kalau ikut wife buat keje kat sekolah”

“Pegang tombol pintu pun dah rasa bersalah”

“Cikgu kat sekolah aku steady, nak masuk tandas cikgu masuk je janji lepas membuang kena basuh bersihkan”

Sumber: Cikgu Misai