Gambar: Google

Dukacita Dimaklumkan, 4 Lagi Kematian Akibat COVID-19 Dilaporkan Hari Ini

Nur Adnin

PUTRAJAYA, 14 Okt – Dukacita dimaklumkan bahawa empat lagi kematian akibat COVID-19 dilaporkan hari ini, umum Kementerian Kesihatan (KKM).

Ia menjadikan jumlah kumulatif kes kematian terkini meningkat ke 167 kes, bersamaan 0.96 peratus.

Ketua pengarahnya, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, keempat-empat kes kematian tersebut berlaku di Sabah.

Kes kematian ke-164 (kes 11,152) melibatkan seorang lelaki warga emas berusia 80 tahun mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan gout.

Seterusnya, kes kematian ke 165 (kes 17,307) merupakan seorang wanita berusia 63 tahun, kes ketiga iaitu ke-166 (kes 17,308) ialah seorang wanita berusia 73 tahun serta terakhir, kes ke-167 (kes 17,309) wanita berusia 47 tahun.

Ketiga-tiga mangsa wanita terbabit dilaporkan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi.

Sementara itu, satu lagi kluster baharu dikesan.

Maklumat lanjut menyusul.

Sumber: KKM