
Duit Tinggal Sikit Je, Wanita Baik Hati Tolong Lelaki OKU Terlepas Perhentian Bas
Hidup ini ada pasang surutnya, selagi masih berpeluang untuk berbakti dan berbuat kebaikan kepada orang sekeliling, lakukanlah.
Tidak kira cepat atau lambat, kebaikan yang kita lakukan kepada orang lain akan berbalik semula kepada kita.
Baru-baru ini, seorang pengguna Threads berkongsi kisahnya yang membantu seorang lelaki OKU yang terlepas perhentian bas.
Menurut @ccieds, lelaki tersebut sepatutnya turun di KL Sentral tetapi tidak perasan bas sudah sampai di situ.
Ikuti perkongsiannya di bawah ini.
Semalam, aku naik bas dari Perak ke Putrajaya dan bas berhenti sekejap dekat KL Sentral sebelum terus ke Putrajaya Sentral. Lepastu ada lah seorang lelaki OKU dia bisu dan tak boleh dengar, dia terlepas turun dekat KL Sentral sebab tak perasan bas dah sampai. Tiba-tiba dia tegur aku minta tolong, aku pun terkejut sebab aku ni introvert. Dia cakap dia nak turun ke KL Sentral, Aku cakap la, “Dah terlepas, sekarang bas ni nak ke Putrajaya Sentral.”
Dia nampak taktau nak buat.. Lepastu dia tanya, “Bas ni akan balik ke KL Sentral ke?” Aku cakap, “Tak.” Lepas tu dia macam tak tahu nak buat apa, jadi dia minta aku tanya pakcik bas kalau boleh pergi balik ke KL Sentral. Aku pun tanya la pakcik bas, Tapi pakcik bas ni cakap macam nak marah, Aku ingat dia marah aku rupanya suara dia memang kuat.
Aku cakap, “Pakcik, tadi ada orang terlepas bas nak turun ke KL Sentral, tapi dia tak tahu.” Pakcik tu cakap, “Sekarang kita nak ke Putrajaya, KL Sentral dah lepas.” Aku jawab, “Dia tak tahu sebab dia OKU.” Pakcik tu cakap, “Saya pun tak tahu ada OKU dalam bas ni, kalau saya tahu, saya akan tolong.”
Lepas tu, pakcik tu kata suruh lelaki tu naik LRT je dari Putrajaya Sentral pergi ke KL Sentral. Aku tolong terangkan kat lelaki tu apa yang pakcik tu cakap, tapi masalah lain timbul..dia tak tahu macam mana nak naik LRT. Aku cakap, “Takpe, nanti saya tolong.” Bila sampai dekat Putrajaya, aku bawa dia ke kaunter LRT untuk beli tiket. Aku minta abang kaunter tu tolong tunjukkan jalan sebab dia OKU. Abang kaunter tu cakap, “Bagi kad OKU, nanti dapat harga murah”
Tapi lagi sekali masalah baru muncul, abang kaunter cakap tiket LRT kena bayar guna kad atau QR, cash tak diterima. Lelaki tu cuma ada cash, jadi abang kaunter tu tak boleh buat apa. Aku yang cuma ada RM10 je waktu tu dalam kad takpe la tolong bayarkan tiket dia. Lepas tu, abang kaunter tu tunjukkan jalan macam mana nak pergi ke LRT. Bila dia nak naik, dia tak tahu macam mana nak touch kad, nasib baik aku tak gerak lagi. Aku tunjukkan dia cara nak touch kad dan akhirnya dia selamat naik LRT.
Aku harap dia berjaya sampai ke KL Sentral. Itu je yang aku boleh tolong. Kami berkomunikasi pakai tulisan notes sepanjang perjalanan. Walaupun duit aku tinggal sikit, aku fikir tak apa mungkin ada rezeki lain yang datang. Siapa tahu, gaji aku dapat awal ke, kan? Hahaha! Tapi serius, rasa puas hati bila dapat tolong orang. Kadang-kadang kebaikan tu memang akan datang balik dalam bentuk yang tak terjangka.
Sumber: Threads ccieds._