Umum telah mengetahui bahawa dunia kini sedang dilanda dengan wabak Covid-19. Susulan daripada itu, banyak pihak yang terkesan di atas segala langkah yang dilakukan untuk memutuskan rantaian yang dibawa oleh virus maut ini.
Seorang pendakwah bebas bernama Ebit Lew yang tidak jemu melakukan amal jariah bagi membantu golongan terkesan ini ada berkongsikan tentang kisahnya dalam menyampaikan bantuan kepada penduduk di Flat Jinjang Utara.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:
Tadi ke Flat Jinjang utara. Tak tahan bila sampai 1 blok jer lif elok. Yang lain naik tangga sampai tingkat 16. Ramai chinese saya jumpa tadi oku dan warga emas. Begitu juga ada tinggal seorang diri.

Hari-hari turun tangga beli makanan dekat bawah. Saya baru hari ini naik 16 tingkat dah nak menangis. Penatnya sakit kaki turun naik. Turun naik. Macam manalah orang tua-tua yer. Dah 2 tahun lif rosak. Betul-betul kasihan dan sedih rasa.

Sedihnya rasa. Siapa boleh bantu untuk cepatkan repair selenggarakan lif ini semua. Kasihannya lah. Tadi seorang kakak Mei dan seorang abang bantu kami jumpa mereka. Beri sedikit barang dapur dan duit belanja.

Betul-betul mengusik hati saya. Ramai tiada kerja. Ada seorang kakak sakit anak kerja cuci pinggan. Sekarang tiada gaji dah kerana tidak kerja. Gaji hari. Uncle tu menangis walau tak bercakap bila saya beri duit ditangannya. Bukan duit itu tapi kasih sayang.

Bukan bantuan itu. Tapi rasa disayangi dan diambil berat. Dulu masa saya susah ada orang bagi rm2 saya masuk tandas tengok duit dan menangis.
Tadi saya nampak selepas saya keluar ada pakcik tu kira duit diberi dan dia cium duit tu menangis. Ya Allah sayunya. Duit cuma kertas tapi tangisan pakcik tadi tu bahagia saya.

Saya benar-benar rasa sayu dan pohon doa semua yer agar semua oku, warga emas, ibu tunggal ditempat begini dapat dibantu

Sumber: Ebit Lew