Serpihan bangkai pesawat yang ‘menyeramkan’ dilaporkan telah ditemui di sebuah gunung oleh dua orang wanita yang bersiar-siar di situ.
Pamela Aitken dan Kathryn Gaffney mengatakan bahawa mereka sedang berjalan berhampiran Largs, Ayrshire, Scotland, dan tiba-tiba tersadung pada satu serpihan.
Gambar Via Daily StarTidak lama kemudian, mereka mendapati bahawa mereka sebenarnya menemui bangkai kapal terbang.
Menurut Daily Star, ia dipercayai merupakan bangkai pesawat British European Airways Flight S200P yang terhempas pada 21 April 1948.
Gambar Via Daily StarLaporan mendedahkan bahawa penerbangan pesawat dengan jarak pendek itu membawa 20 orang penumpang dari London-Northolt Airport ke Glasgow-Renfrew Airport sebelum terjunam di Irish Law Mountain.
Tidak ada yang terkorban dalam kemalangan itu tetapi 13 orang dilaporkan cedera dan pesawat itu mengalami kerosakan.
Gambar Via Daily Star“Saya dan Kathryn menjumpai bangkai pesawat bangkai pesawat, saya tidak percaya berapa banyak yang masih ada dan beberapa bahagian masih utuh,” kata Pamela.
Sumber: Daily Star
BACA: Memperkenalkan Loji Rawatan Air Terbaharu Air Selangor-Skim Bekalan Air Rasau