Gambar Via Daily Mail

Dua Tahun Dilapor Hilang, Wanita Ditemui Terapung Di Laut Dan Masih Hidup

Sofea

Seorang wanita yang dilaporkan hilang telah ditemui terapung hidup-hidup dua tahun selepas terputus hubungan dengan keluarganya, lapor Daily Mail.

Dia ditemui terapung sekitar satu batu dari pantai di bandar Puerto Colombia di Atlantico pada 26 September lalu.

Gambar Via Daily Mail

Wanita berusia 46 tahun itu ditemui dalam keadaan yang sangat lemah dengan tanda-tanda hipotermia oleh seorang nelayan.

Setelah diselamatkan, dia memberitahu media tempatan bahawa dia telah terjun ke dalam laut untuk membunuh diri. Dia mendakwa bahawa telah didera oleh suaminya selama 20 tahun sehingga menyebabkannya terputus hubungan dengan keluarga dan rakannya.

Gambar Via Daily Mail

Menurut laman berita Colombia, nelayan terlihat wanita sedang terkapai-kapai di lautan yang pada mulanya dianggap sebagai kayu balak.

Setelah dimasukkan ke hospital, wanita tersebut berkata bahawa dia menyesal dengan keputusan untuk terjun ke dalam laut. Tambahnya, Tuhan telah menyelamatkannya dari lemas selama lapan jam yang penuh dengan penderitaan.

Gambar Via Daily Mail

“Saya dilahirkan semula, terima kasih Tuhan. Sekiranya saya mempunyai peluang atau pertolongan, saya tidak membuat keputusan itu. Sekarang saya sangat bersyukur kerana Tuhan memberi saya peluang baru untuk hidup,” katanya.

Sumber: Daily Mail