Wanita Hilang 42Kg
Gambar via Mothership

Dua Tahun Amal Diet Sihat Ini, Wanita Puas Hati Hilang Berat 42kg Walaupun “Slow-slow” Turun

Faiz Mustafa

Dua Tahun Amal Diet Sihat Ini, Wanita Puas Hati Hilang Berat 42kg Walau “Slow-slow” Turun

Berat badan yang ideal sememangnya menjadi idaman setiap orang, lebih-lebih lagi bagi para wanita. Ia bukan sahaja untuk kelihatan cantik-cantik semata-mata tapi juga mempengaruhi faktor kesihatan yang lebih baik.

Bukanlah bermakna apabila kurus atau berat badan yang ideal itu tidak akan diuji dengan sakit. Namun, kita harus berpijak dibumi yang nyata, berat badan yang berlebihan atau obesiti bukanlah satu perkara yang sihat dan pada masa yang sama menjadi punca kepada pelbagai penyakit.

Bercakap soal berat badan dan bentuk tubuh yang ideal, seorang wanita dari Singapura berjaya menurunkan sebanyak lebih kurang 42 kg dalam masa dua tahun dari berat badan asal 11o kg ke 68 kg.

Dia turut berkongsi perjalanan tersebut menerusi laman TikTok miliknya dengan harapan dapat memberikan sedikit inspirasi kepada mereka yang sedang berusaha untuk mendapatkan berat badan yang mereka inginkan.

Memetik Mothership, wanita yang menggunakan nama pengguna @eggting menjelaskan bagaimana perjalanannya untuk turun berat sebanyak 42 kg dalam masa dua tahun yang sebelum ini beratnya mencecah hingga 11okg.

Semua itu bermula apabila berlakunya pandemik membuatkan dia nekad untuk mengubah tabiat gaya hidupnya sebelum ini. Demi memastikan matalamatnya tercapai, dia memilih kaedah diet yang sihat iaitu salah satunya adalah puasa secara berselang selama di mana dia akan makan dalam masa lapan jam dan 16 jam berikutnya.

Selain itu, wanita ini juga memilih makanan yang berkhasiat dan sihat pada hari bekerja. Menariknya, dia langsung tidak mengira jumlah kalori yang perlu dikurangkan, sebaliknya kekal fokus dan cuba sedaya upaya untuk hanya makan makanan yang sihat dan rendah kalori sahaja.

Antara pilihan menu berkhasiat yang menjadi hidangan diet beliau adalah pasta yang ditumis dengan minyak zaitun bersama-sama bawang putih dan cili. Selain itu, hidangan lain adalah sayur-sayuran yang direbus atau digoreng dengan sedikit sos tiram.

BACA: Serah Kad ATM & “Saving” Enam Tahun Dekat GF, Lelaki Menangis Sampai Pengsan Selepas Putus Cinta

BACA JUGA: Ini Cara Nak Mohon “Home Schooling” Daripada KPM Untuk Anak-anak Ada Masalah Kesihatan Kronik

Sumber: Mothership