remaja maut Temerloh
Sumber: BERNAMA

Dua Remaja Perempuan Maut Dirempuh Kereta Di Persimpangan Lampu Isyarat Di Temerloh

Hannah

Dua Remaja Perempuan Maut Dirempuh Kereta Di Persimpangan Lampu Isyarat Di Temerloh

KUANTAN, 12 Jun (Bernama) — Dua remaja perempuan maut selepas motosikal mereka dirempuh sebuah kereta ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat di Jalan Tengku Ismail, di Temerloh, dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mazlan Hassan berkata kemalangan kira-kira pukul 11 malam itu mengorbankan penunggang motosikal jenis Yamaha Ego Avantiz, Nur Irdina Shaffiya Muhammad Nazri, dan pemboncengnya, Aneez Irdiena Sofya Khairul Azman, masing-masing berusia 18 tahun.

Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati mereka dalam perjalanan dari arah Mentakab menuju ke Bulatan Bukit Angin. Ketika berhenti di lampu isyarat yang sedang merah, sebuah kereta Perodua Bezza dipercayai tidak memperlahankan kenderaan dan telah melanggar bahagian belakang motosikal mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mazlan berkata, mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di sini untuk bedah siasat pagi ini.

Sementara itu, Mazlan memaklumkan pemeriksaan ke atas kereta terbabit, menemukan paket plastik disyaki mengadungi dadah syabu dan heroin yang dianggarkan bernilai lebih RM6,000.

Sehubungan itu, pemandu kereta berusia 38 tahun yang beralamat di Kepong, Kuala Lumpur itu ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

BACA: Momen Fakhrul Sambut Hari Lahir Abang Kali Terakhir Buat Ramai Sayu

BACA: UPSI Kemas Barang 15 Pelajar, Guna Lori Kontena Hantar Ke Pangkuan Keluarga

BACA: KP Kesihatan Utus Surat Hargai Dedikasi Petugas Kesihatan Kendali Nahas UPSI

Sumber: BERNAMA