Dua Remaja Di Thailand Dilaporkan Maut Dirempuh Kereta Setelah Dipercayai Terjatuh Ketika Buat Pusingan U

Nurul Najiha

Dua remaja yang menunggang motosikal dilaporkan maut selepas dilanggar oleh sebuah kereta di wilayah Chonburi,Thailand.

Dilaporkan kereta yang dipandu oleh seorang wanita yang berusia 23 tahun, memandu dalam keadaan tergesa-gesa untuk pulang ke rumah. Polis menemui mayat kedua-dua mangsa yang berusia 14 tahun iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan bersama motosikal mereka.

Dalam pada itu, pemandu wanita terbabit yang dipercayai telah melanggar mangsa telah memberitahu polis bahawa motosikal itu tiba-tiba jatuh dan tergelincir di hadapan keretanya ketika dia melakukan pusingan U.

Penduduk yang tinggal di kawasan berhampiran mengatakan pusingan U yang dibuat di tempat berkenaan telah menyebabkan banyak kemalangan berlaku.

Sumber: Asiaone