
Dua daripada lapan penduduk di Kondominium Crescent Court Brickfields dilaporkan mengalami patah kaki selepas lif yang digunakan jatuh terhempas di tingkat bawah tanah pada Jumaat, 15 Oktober 2022.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK 1) Rozman Abd Rashid berkata, pada jama 9.52 malam hari berkenaan mereka telah mereka telah menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan tersebut.
Menurutnya, sebaik sahaja mereka menerima panggilan tersebut, seramai 11 anggota daripada Balai Bomba Penyelamat (BBP) Hang Tuah bergegas ke lokasi kejadian.
“Setibanya jentera bomba di lokasi kejadian pukul 10.12 malam, menurut mangsa yang terlibat, lif tersebut jatuh dari tingkat lapan sehingga ke tingkat bawah tanah (GF).
“Mangsa seramai enam orang iaitu tiga wanita, dua lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini, lapor Kosmo!
Dalam pada itu, menurut Rozman, terdapat seorang wanita dan seorang lelaki dewasa mengalami kecederaan patah pada bahagian kaki ekoran dari tragedi itu.
Walau bagaiamanpun, operasi menyelamat tamat sepenuhnhya kira-kira jam 11.35 malam dan punca insiden itu masih lagi berada dalam siasatan pihak berkuasa.
“Semua mangsa yang terlibat telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) oleh pihak ambulans untuk rawatan lanjut,” jelasnya lagi.
BACA: Gadis Tionghua Hidupkan Seni Melayu, Diangkat Jadi Cikgu Zapin Di Negara China
Sumber: Kosm0!