Dua Peminat Fanatik Ceroboh Banglo Shah Rukh Khan Ditahan Polis
Dua orang lelaki yang dilaporkan menceroboh rumah Shah Rukh Khan (SRK) di Mannat, Mumbai dengan memanjat dinding luar rumahnya sedang disiasat polis.
Memetik Hindustan Times, dua lelaki muda itu telah bertindak memecah masuk banglo pelakon Shah Rukh Khan, Mannat di Mumbai pada Khamis lalu.
Ceroboh banglo Shah Rukh Khan
Menurut laporan, Polis Mumbai memaklumkan bahawa lelaki itu telah ditahan oleh pengawal keselamatan selepas mereka memasuki premis Mannat dengan memanjat dinding luar.
Baca: Terkenal Sebagai Kampung Jungkook & Jimin BTS, Rupanya Ini Yang Buat Ramai Tak Senang Duduk Bila Sebut Busan
Semasa siasatan polis, lelaki terbabit mendakwa mereka datang dari Gujerat dan mahu bertemu dengan SRK.
Menurut agensi berita ANI, dua lelaki itu berumur antara 20 dan 22 tahun. Kes pencerobohan dan kesalahan lain yang berkaitan telah didaftarkan terhadap mereka di bawah Kanun Keseksaan India (IPC).
Siasatan lanjut juga dilaporkan sedang dijalankan oleh Polis Mumbai.
Tahun lalu, Mannat telah dibina dengan sebuah lagi pintu masuk baharu dan diterangi dengan papan nama LED yang baharu.
Bangunan itu sangat popular dan peminat kerap pergi ke sana untuk menangkap gambar dan berswafoto. SRK juga sering menyambut peminatnya dari balkoni pada majlis-majlis khas.
Selepas tayangan filem Pathaan, SRK telah membuat beberapa penampilan untuk peminatnya di banglo Mannat miliknya.
SRK kini dilaporkan sedang menikmati kejayaan filem Pathaan setelah filem itu berjaya memecah rekod box office. Filem itu telah berjaya mengutip sebanyak RM44.7 juta di seluruh dunia.
Baru-baru ini, SRK semasa sesi Ask Me Anything di Twitter berkata, dia banyak menghabiskan masa di rumah selepas habis dalam penggambaran filem.
Terdahulu, SRK dilapor telah menduduki tempat keempat dalam senarai 10 pelakon terkaya di dunia dengan memiliki nilai bersih sebanyak $770 juta (RM3.3 bilion).
Memetik laporan First Post, statistik terbaru itu dikeluarkan oleh World Of Statistics menerusi halaman Twitter.
Selain itu, Shah Rukh Khan pernah mendedahkan perkara yang paling mahal dibeli olehnya adalah sebuah kediaman. Banglo yang dikenali sebagai Mannat di Bandra, Mumbai yang berharga Rs 200 crore (RM106,181,728).
Sumber: Hindustan Times