Dalam kenyataan media dari Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai perkembangan terkini Covid-19 di Malaysia hari ini telah mengesahkan terdapat dua (2) kes jangkitan dalam negara yang dikesan di kalangan bukan warganegara di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Menurut kenyataan KKM hari ini, kedua-dua kes ini adalah merupakan saringan rawak di tempat kerja oleh Pejabat Kesihatan Daerah di mana ianya telah melibatkan pekerja kedai makan.
Telah tular di media sosial notis penutupan kedai makan tersebut dan menimbulkan sedikit keresahan di kalangan pelanggan. Pihak Pejabat Kesihatan Daerah akan menjalankan pengesahan kes secara aktif di mana siasatan lanjut dan persampelan akan diambil.
Kedai makan tersebut telah ditutup buat sementara waktu bagi tujuan pembersihan dan nyahkuman.


Sumber: KKM