Gambar Via Bernama

Dua Maut Pesawat Ringan Terhempas Di Perairan Greece

Sofea

ATHENS, 14 Sept (Bernama) — Sebuah pesawat ringan terhempas di perairan pulau Samos, Greece di Laut Aegean pada Isnin menyebabkan dua penumpang maut, lapor Xinhua memetik Agensi Berita AMNA.

Kedua-dua mayat ditemukan Pengawal Pantai tempatan. Pesawat Cessna 172 itu dalam perjalanan menuju ke Samos dari Israel sebelum terhempas.

Punca nahas masih disiasat.

Sumber: Bernama