Dua Maut Dalam Kemalangan Dipercayai Akibat Lopak Air
Satu kemalangan dilaporkan telah berlaku di Kilometer (KM) 45 jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran kampung Pasir Putih Merchang, Marang.
Insiden melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki empat orang mangsa, dengan dua daripadanya terkorban di lokasi kejadian.
Mangsa yang maut dikenali sebagai Ahmad Farid Izwan Mohd, 24, dan rakannya Muhammad Amir Ikmal Hashim, 20.
Difahamkan, kemalangan tersebut berlaku apabila kenderaan dinaiki mangsa dipercayai melanggar lopak air sebelum terbabas dan merempuh pokok.
Sumber: Sinar HarianKetika kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, mangsa dipercayai sedang dalam perjalanan menghala ke Kuala Terengganu dari arah Kemaman.
Ketua Polis Daerah Marang, Superintenden Mohd Sofian Redzuan, menjelaskan bahawa kenderaan jenis Nissan Grand Livina itu terlanggar lopak air di selekoh lalu terbabas sebelum merempuh pokok yang berada di kiri jalan.
“Kedua-dua mangsa yang berada di tempat duduk belakang cedera parah di kepala dan badan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Pemandu kenderaan, Muhammad Shafiq Aizad Yusaini, 26, serta penumpang hadapan, Muhammad Razlan Rashidi Abd Razak, 19, cedera di bahagian kepala dan lengan.
“Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut manakala mangsa yang maut dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun,” katanya.
Tambah beliau, kes kini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
BACA: Penumpang Wanita Maut, Dua Kereta Bertembung
BACA: Warga Emas Maut Jatuh Perigi Ketika Hendak Ambil Wuduk
BACA: Hilang Bebola Mata Kiri, Lelaki Warga Tempatan Kritikal Selepas Diserang
Sumber: Sinar Harian