Selepas dilanda gempa bumi dengan kekuatan 6.1 Skala Richter pada petang tadi, dua lokasi di Maluku Tengah dilaporkan mengalami kejadian tanah runtuh.
Menurut CNN Indonesia, tanah runtuh itu berlaku berdekatan dengan rumah penduduk Dusun Mahu di Desa Tehoru.
“Ada tanah yang runtuh di dekat rumah penduduk dan membuatkan mereka panik,” kata ketua kampung Desa Tehoru, Hud Silawane.
Jelasnya, tanah runtuh itu terjadi di dua lokasi dengan kedalaman lebih kurang antara enam hingga lapan meter. Walau bagaimanapun, para penduduk tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Tiada yang terkorban, kami meminta kepada penduduk agar berhati-hati dan keluar dari rumah mereka kerana bimbang mungkin ada gempa susulan yang melebarkan keretakan tanah,” katanya.
Dalam kejadian gempa yang berlaku pada petang tadi, sekurang-kurangnya tujuh buah rumah mengalami kerosakan dan pagar tembok masjid di kampung itu runtuh.
Sumber: CNN Indonesia