Kredit: Bernama

Dua Lelaki Lemas Ketika Mandi Di Pantai Chenang

Athirah

Dua Lelaki Lemas Ketika Mandi Di Pantai Chenang

ALOR SETAR, 23 Okt (Bernama) — Dua lelaki lemas ketika mandi di Pantai Chenang, Langkawi, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Langkawi Supt Samsulmuddin Sulaiman berkata Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi menerima maklumat mengenai kejadian dua lelaki tempatan lemas di kawasan pantai itu pada 6.05 petang.

“Mangsa berusia 38 dan 46 tahun berasal dari Selangor datang ke Langkawi bersama keluarga untuk bercuti.

“Kedua-dua mangsa yang lemas diselamatkan oleh orang ramai menggunakan ski jet dan dibawa ke tepi pantai,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Maliha, Langkawi, namun pemeriksaan di wad kecemasan mendapati kedua-duanya telah meninggal dunia.

“Kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR),” katanya.

BACA: “Saya Sangka Inilah Penerbangan Terakhir” Lelaki Kongsi Detik Pesawat Terasa Menjunam
BACA: “Rare” Betul, Idea Pengantin Ni Buat Tetamu Terkejut Tengok Isi Goodies Bag
BACA: Isteri Saman Suami Gara-gara Nama Dalam “Contact” Dianggap Menghina
BACA: Pendaki Cedera Parah Disambar Petir Ketika Hujan Lebat

Sumber: Bernama