Tiga sekeluarga nyaris dihanyutkan air deras selepas kenderaan yang mereka naiki terperangkap dalam air banjir di Kampung Batu 10 berhampiran Plaza Tol Chukai, Kemaman, Terengganu pagi tadi.
Dua lelaki dan seorang wanita tersebut berjaya diselamatkan oleh anggota Bomba Kemaman.
Menurut Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata kejadian tersebut berlaku pada jam 10.30 pagi ketika mangsa dalam perjalanan dari Kuantan menghala ke Mak Lagam di sini.
“Tindakan tersebut telah menyebabkan kenderaan mangsa rosak dan tenggelam di dalam air,” jelasnya lagi.
Sumber: Bernama