Operasi Penerbangan Tergantung, Israel Bedil Dua Lapangan Terbang Utama Di Syria
Israel dilaporkan telah mengebom dua lapangan terbang utama negara jirannya, Syria di Aleppo dan Damysik, hari ini lapor AFP.
Menurut media tempatan, ekoran itu operasi di kedua-dua lapangan terbang itu kini lumpuh selepas landasan pendaratan musnah.
Dalam laporan AFP lagi, kejadian itu berlaku selepas ketegangan antara Israel dan Hamas kini memasuki hari keenam.
Suasana bergolak yang bermula sejak Sabtu lepas di Gaza-Israel menyaksikan sekurang-kurangnya 1,200 orang terkorban di kedua-dua belah pihak setakat ini.
Mereka yang terkorban dan konflik itu kebanyakan terdiri daripada orang awam termasuk kanak-kanak.
Dalam pada itu, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken juga dilapor telah membuat perjalanan untuk melawat Israel.
Lawatan itu berlaku beberapa jam selepas Presiden Iran, Ebrahim Raisi membuat panggilan telefon dengan sekutunya di Syria, Bashar al-Assad.
Untuk rekod, selama lebih dari sedekad peperangan berlangsung di Syria, Israel turut melancarkan ratusan operasi udara ke atas beberapa sasaran di negara itu.
Operasi-operasi itu kebanyakkan menyasarkan kedudukan kumpulan bersenjata yang disokong Iran, angkatan bersenjata Hezbollah serta tentera Syria, lapor AFP.
Manakala Israel jarang mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung operasi ketenteraannya di negara tersebut.
BACA: Ibu Sebak, Anak Bawa Kawan-kawan Datang Tempat Kerjanya, Buat Kejutan Sambut “Birthday”
Sumber: AFP