Gambar: salyerstwins

Dua Kembar Perempuan Bertemu Jodoh Dengan Dua Kembar Lelaki, Kini Sama-Sama Hamil Selepas Dua Tahun

Aqmal Ezany

Sepasang pasangan kembar lelaki bernama Josh dan Jeremy Salyers yang mengahwini pasangan kembar perempuan bernama Brittany dan Briana Salyers telah mengumumkan pada hari Jumaat bahawa mereka berdua kini sedang menantikan cahaya mata bersama-sama.

Pasangan yang pernah menjadi berita utama ketika tampil di sebuah rancangan televisyen bernama TLC’s Our Twinsane Wedding itu telah berkongsikan berita gembira tersebut menerusi catatan akaun Instagram mereka.

Menurut laman People.com, kedua-dua pasangan itu tinggal di rumah yang sama, dan isteri mereka itu pernah menyatakan bahawa mereka berharap dapat hamil pada waktu yang sama, dan melahirkan anak mereka pada hari yang sama.

Berita kehamilan mereka itu disahkan selepas dua tahun kedua-dua pasangan itu sah bergelar suami isteri.

Sumber: People.com