
Dua Kanak-Kanak Lelaki Dikhuatiri Lemas Selepas Terjatuh Dalam Longkang Besar
KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) — Dua kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh dan dihanyutkan arus deras ketika cuba mengambil bola di dalam longkang besar di Lorong 1/3A, Taman Prima Saujana, Kajang, dekat sini, petang tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 6.32 petang melibatkan kanak-kanak berusia 12 dan 14 tahun.
Beliau berkata susulan itu sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang dengan enam anggota digerakkan ke lokasi dan tiba di sana pada 6.39 petang
“Kerja-kerja mencari dan menyelamat sedang dijalankan di kawasan longkang utama oleh pasukan terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Ahmad Mukhlis berkata kedua-dua mangsa merupakan adik-beradik.
“Operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan,” katanya.
BACA: Usul Gantung Takiyuddin Ditangguh Ke Sesi Dewan Rakyat Akan Datang
BACA: Wanita Hamil Berjaya Raih Anugerah Naib Canselor UiTM Demi Janji Kepada Arwah Ibu
BACA: Ramai Tak Sedar, Rupanya 5 Tabiat Ini Boleh Rosakkan Gigi
Sumber: Bernama