WAD paediatrik Hospital Selayang terpaksa ditutup buat sementara waktu ekoran dua kakitangan di jabatan berkenaan didapati positif COVID-19.
Pengarah hospital, Dr. Sakinah Alwi berkata, siasatan lanjut mengenai kes tersebut masih dijalankan dan pihaknya tidak akan menerima sebarang rujukan atau kemasukan pesakit baharu ke semua wad.
“Pesakit sedia ada (pula) tidak dibenarkan pulang sehingga siasatan lanjut daripada pihak kami selesai.
“Pihak Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Selayang juga diminta untuk triaging away semua kes paediatrik ke hospital lain,” katanya dalam satu kenyataan rasmi, hari ini.

Sumber: Astro Awani, Hospital Selayang