Gambar via Google & Bernama TV

Dua Jenis Ubat Neutralkan Antibodi Covid-19 Diluluskan Unit Pengawalan Dan Penyeliaan Ubat Negara

Eyla Azri

Permohonan pendaftaran dua jenis ubat rawatan meneutralkan antibodi COVID-19, iaitu cecair suntikan BRII-196 dan BRII-198 diluluskan oleh Jabatan Pengawalan dan Penyeliaan Perubatan Negara (NMPD), pada Rabu.

Kedua cecair suntikan tersebut dikeluarkan oleh Teknologi Perubatan Tengshenghuachuang Sdn Bhd (Beijing), sebuah anak syarikat Brii Biosciences. Memetik laporan Bernama, ia merupakan kali pertama ubat rawatan meneutralkan antibodi COVID-19 diluluskan untuk hak cipta intelek.

Menurut Undang-undang Kawalan Perubatan, kedua-dua ubat berkenaan boleh digunakan untuk merawat kes COVID-19 bagi pesakit dewasa serta remaja (12-17 tahun dengan berat sama atau lebih 40 kilogram). Pun begitu, kelulusan akan diberikan secara bersyarat untuk kategori remaja.

Sumber: Bernama TV