Terdapat dua individu ditahan kerana dipercayai mabuk dalam penguatkuasaan Ops Mabuk Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Ampang Jaya pada Sabtu semalam.
Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya menjalankan Ops Mabuk di Jalan Pandan Utama bermula pada jam 9.30 malam dan berakhir jam 12.00 tengah malam tadi.
Kredit: Facebook via Polis Daerah Ampang Jaya PageSepanjang operasi tersebut berlangsung, dua individu lelaki ditahan atas kesalahan di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu kenderaan motor dengan kadar kepekatan alkohol melebihi had yang ditetapkan.
Kemudian, individu-individu yang ditahan dibawa ke IPD Ampang Jaya untuk dijalankan ujian EBA II (Evidential Breath Analyzer II) bersama-sama dengan kenderaan milik mereka.
Hasil ujian EBA II menunjukkan keputusan tahap kandungan alkohol dalam darah masing-masing didapati melebihi had yang ditetapkan iaitu hanya 50 miligram (mg) atau 100 mililiter (ml) yang dibenarkan.
Kredit: Facebook via Polis Daerah Ampang Jaya PageSehubungan itu, orang awam diingatkan agar tidak memandu atau menunggang kenderaan semasa berada di bawah pengaruh alkohol. Hal ini demikian kerana, perbuatan itu hanya akan membahayakan nyawa sendiri dan juga pengguna jalan raya yang lain.
Semoga informasi yang disampaikan melalui media massa ini dapat digunakan sebagai pengetahuan dan panduan agar setiap pengguna jalan raya sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.
Sumber: Polis Daerah Ampang Jaya Page via Facebook