Dua Anak Malaysia Tercalon Dalam Pemilihan Untuk Layak Ke United States Service Akademies

Edayu

Sekali lagi nama Malaysia diharumkan oleh anak mudah negara kita. Ya, nama Malaysia sering kali diangkat di peringkat antarabangsa apabila pencapaian dua orang anak Malaysia berjaya terpilih untuk menuntut ilmu di Akademi Perkhidmatan Amerika Syarikat.

Setiap tahun, ribuan pelajar lelaki dan wanita bersaing antara satu sama lain untuk melayakkan diri memasuki akademi ini. Namun, tahun ini rezeki buat dua calon Malaysia yang telah terpilih untuk temujanji ke Akademi Perkhidmatan Amerika Syarikat ini.

Jika dua pelajar cemerlang ini layak, mereka akan berada di akademi masing-masing iaitu bagi Nicholas Ong Yong Xen akan memulakan perkhidmatannya di Akademi Tentera Laut Amerika Syarikat manakala Mohamad Khariel Adha akan memulakan di Akademi Tentera Udara Amerika Syarikat.

Berita gembira ini disampaikan menerusi laman Twitter rasmi Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia.

Jadi, syabas untuk mereka berdua. Berikan sokongan untuk mereka lebih bersemangat untuk melakukan yang terbaik untuk nusa dan bangsa.

Sumber: US Embassy KL