Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri baru sahaja dikeluarkan dari wad selepas menjalani rawatan akibat dijangkiti COVID-19 baru-baru ini.
Meskipun sudah melepasa fasa rawatan di hospital, bagaimanapun beliau masih perlu meneruskan tempoh kuarantin kendiri di rumahnya sehingga 19 Oktober ini.
Dalam pada itu, mantan Mufti Wilayah Persekutuan ini mengumumkan akan menulis sebuah catatan diari sepanjang bergelar pesakit COVID-19.

“Saya masih dalam tempoh kuarantin di rumah sehingga 19 Oktober 2020.
Ruang masa yang ada diambil untuk meneliti beberapa dokumen pejabat di samping menyemak manuskrip buku terbaharu, Seharian Bersama Rasulullah SAW.
Insya-Allah akan dikeluarkan bersempena Maulidurrasul.
Saya akan kongsikan diari sepanjang bergelar pesakit COVID-19 sedikit masa lagi.
Moga bermanfaat untuk semua.” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini.
