
Biasanya seorang ibu ada cara mereka mendidik anak dan bapa pula ada caranya tersendiri. Walaubagaimana pun, peranan seorang bapa juga jelas amat penting bagi perkembangan emosi dan fizikal seorang anak.
Setiap bapa perlu sedar bahawa karakter yang ditunjukkan amat penting dimata anak-anak terutamanya anak perempuan yang selalu menjadikan seorang ayah itu idola yang menyuntik karakter penting di mata anak-anak.
Perkongsian daripada Dr. Sheikh Muszaphar, angakawasan negara ini boleh dijadikan rujukan untuk para ibu bapa. Dr. Sheikh Muszaphar sememangnya terkenal dengan cara didikan anak-anak seawal usia bayi melalui laman Instagram miliknya. Beliau sering memuatnaik sesi pembelajaran anak-anaknya sejak daripada kecil dan ramai ibu bapa yang telah terinspirasi dengan cara tersebut.
Mari kita baca 15 panduan penting bagi ibu bapa dalam membentuk anak-anak menggunakan teknik psikologi daripada Doktor. Semoga bermanfaat.