Walaupun sudah tidak bergelar timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye mengambil peluang bersama-sama untuk mengurangkan wabak Covid-19 yang melanda negara kita.
Apa yang kita sudah tahu, jumlah kes di Malaysia agak tinggi berbanding dengan negara jiran yang lain. Sehubungan dengan itu, Dr Lee berkesempatan berkongsi beberapa nasihat berkaitan wabak ini.
Menerusi laman Facebooknya, beliau mencadang tiga cadangan daripada peringkat komuniti hinggalah di peringkat yang lebih tinggi.
Katanya di peringkat komuniti adalah untuk tidak melakukan aktiviti berkumpulan. Basuh tangan sekerapnya dan bekerja di rumah. Pastikan di tempat kerja anda mengekalkan pengudaraan yang baik.
Kedua, nasihat beliau diperingkat MOH.
Perlu melatih lebih banyak kakitangan untuk menangani Covid-19 dan menyediakan peralatan pelindung diri yang cukup untuk mencegah jangkitan tersebut. Pesakit yang dalam perhatian perlulah diletakan di satu tempat contohnya diletakkan di asrama Khas Covid-19.
Seterusnya, beliau memberi nasihat pada peringat yang lebih tinggi iaitu peringkat kerajaan.
Beliau menyeru untuk berhenti melakukan aktiviti berkumpulan selama sebulan. Perkara ini termasuklah penutupan sekolah, tadika dan koleh universiti. Bukan itu sahaja, semua terminal bas dan pengankutan awam serta pejabat kerajaan sepatutunya disinfeksi secara berkala.
Bukan itu sahaja, masyakarat perlu kurangkan perjalanan ke luar negara. Tujuannya untuk mengurangkan dan mencegah wabak ini supaya tidak lebih teruk lagi.
Sumber: Dr Lee Boon Chye