Gambar: BERNAMA

Dr Dzulkefly Dilantik Sebagai Ketua Pasukan Khas Tangani Covid-19 Di Selangor

Sofea

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari mengesahkan melalui laman Facebook miliknya bahawa mantan Menteri Kesihatan Malaysia, YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, telah dilantik untuk mengetuai pasukan khas untuk menangani Covid-19 di Selangor.

Menurutnya, lantikan Dr. Dzukkefly dipersetujui dengan sebulat suara dalam satu mesyuarat pertama kali Majlis Tindakan Khas Covid-19 Negeri Selangor.

Beliau juga berkata bahawa jejak virus covid-19 sedang dikenal pasti termasuk dengan menggunakan sistem maklumat geografi (Geographic Information Systems).

Sumber: Amirudin Shari