Buat baik dibalas baik, mungkin itu ungkapan yang sesuai untuk mengambarkan situasi gadis ini yang kehilangan dompetnya namun mendapatkannya kembali apabila ada individu yang mengirim dompet itu melalui pos.

Menurut Raudahjfr, identiti pengirim tidak diketahui kerana orang tersebut tidak menulis nama dan juga nombor telefonnya. Pengirim itu juga langsung tidak ‘menyentuh’ duit yang ada di dalam dompet tersebut.

Kebanyakan netizen memberi reaksi yang positif dan kagum dengan pengirim misteri itu serta mendoakan kebaikan kepadanya.




Raudah juga menasihatkan orang ramai untuk meletakkan nombor telefon di dalam dompet untuk memudahkan individu yang menjumpai dompet itu menghubungi kita.

Sumber: Raudahjfr