Dek kerana peningkatan kes COVID-19 yang berganda, kapasiti kesihatan di negara kita turut terjejas.
Terkini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham sendiri mengakui bahawa bilangan kes aktif COVID-19 kini melebihi kemampuan para petugas kesihatan.
Katanya, para doktor terpaksa mengutamakan rawatan kepada pesakit yang memiliki peluang sembuh lebih tinggi berbanding mereka yang sebaliknya.
“Apabila kes aktif COVID-19 melebihi kemampuan kami untuk merawat, maka para doktor terpaksa membuat pilihan sukar untuk utamakan katil ICU bagi pesakit yg berpotensi sembuh yang tinggi berbanding pesakit yang potensi sembuh rendah (poor prognosis). Terkini inilah hakikat sebenar,” katanya.
Malah, apabila ditanya mengenai kapasiti hospital swasta, beliau memaklumkan bahawa kapasiti institusi swasta kini melebihi 60 peratus.