Doktor Kongsi Imej Sinar X Kepala Pesakit Buat Ramai Terkejut
Kesihatan merupakan satu anugerah yang tidak ternilai. Baik dari segi sihat tubuh badan, mental mahupun sosial.
Dalam kehidupan modenisasi ini, ramai orang lebih sibuk terhadap keperluan lain sehingga terlupa satu perkara, kesihatan diri juga merupakan satu kepentingan.
Lebih-lebih lagi dengan kurangnya amalan gaya hidup sihat. Oleh itu, tidak hairan mengapa sesetengah individu boleh menghidap penyakit sejak usia yang muda.
Menerusi perkongsian seorang pengguna platform Threads @mataha08, yang juga seorang Pegawai Perubatan Kecemasan dan Trauma baru-baru ini mengejutkan ramai.
Dalam perkongsian itu, dia memaparkan hasil imej sinar X-ray seorang pesakitnya pada bahagian kepala.
Tak Sangka, Doktor Dedah Ini Yang Berlaku Dalam Kepala Pesakit
Diminta kepada semua rakyat Malaysia untuk lakukan saringan kesihatan kendiri masing masing.
Ini kerana kebelakangan ini saya perhati trend stroke dan pendarahan dalam kepala dalam kalangan rakyat Malaysia semakin meningkat walaupun umur masih muda.
Ini pesakit semalam, baru umur 41 tahun. Sudah disahkan pendarahan di dalam kepala akibat darah tinggi yang tidak terkawal.
Kalau dulu biasanya kes macam ni orang tua tau.
Jaga kesihatan masing masing ye semua
Sumber: Threads @mataha08