Sejak kebelakangan ini, kes gangguan mental semakin meningkat di Malaysia dan lebih membimbangkan lagi golongan remaja juga menjadi mangsa ganguan mental.
Gangguan mental menjadi masalah kesihatan yang utama bagi rakyat Malaysia pada tahun 2020.
Oleh itu, Kementerian Kesihatan Malaysia menyediakan perkhidmatan kesihatan mental di peringkat kesihatan primer.
Namun, kerana stigma masyarakat terhadap gangguan mental ini sebagai tidak waras, ramai pesakit-pesakit memilih untuk mendiamkan diri. Hal ini sangat bahaya kerana boleh membawa kepada perkara yang buruk seperti mencederakan diri sendiri dan bunuh diri.
Dr Rozanizam Zakaria seorang doktor psikiatri telah berkongsi tips yang dapat digunakan oleh ahli keluarga untuk membantu pesakit-pesakit mental.
Sumber: Dr Rozanizam Zakaria