Doktor Didakwa Cuai, Wanita Maut Akibat Jangkitan Selepas Pembedahan Caesarean
Satu siasatan terperinci telah diarahkan berhubung kematian seorang wanita muda berusia 26 tahun akibat kecuaian perubatan di hospital swasta di Dehradun, India.
NDTV News melaporkan kematian itu dikatakan berpunca daripada jangkitan serius akibat pembalut yang didakwa tertinggal di dalam abdomen selepas menjalani pembedahan bersalin.
Menurut pegawai tempatan, satu jawatankuasa khas seramai empat anggota yang diketuai oleh Ketua Pegawai Perubatan (CMO) Dehradun, Manoj Sharma, telah ditubuhkan untuk menyiasat kematian mangsa.
Difahamkan, jawatankuasa itu dibentuk susulan aduan yang difailkan oleh suami mangsa.
Berdasarkan aduan diterima, mangsa melahirkan anak lelaki melalui kaedah pembedahan Caesarean di Pusat Penjagaan Mata dan Ibu (Eye and Mother Care Centre) pada Januari lalu.
Prajjwal mendakwa, kecuaian berlaku apabila pasukan perubatan hospital tersebut didakwa meninggalkan pembalut di dalam perut mangsa sebelum menjahit luka pembedahan.
Beberapa hari selepas pulang, mangsa mula mengadu sakit pada bahagian perut dan dibawa semula ke hospital sama.
Menurut NDTV News, doktor di hospital itu gagal memberikan penjelasan yang memuaskan mengenai punca kesakitan dialaminya.
Apabila keadaannya semakin kritikal, mangsa telah dipindahkan ke sebuah hospital lain, di mana pemeriksaan mendapati terdapat kain pembalut yang tertinggal di dalam tubuhnya sehingga menyebabkan jangkitan serius pada bahagian perut.
Sumber: NDTV NEWS