Doktor Dapati Kulit Ikan Boleh Bantu Sembuhkan Luka Melecur Lebih Efektif
Doktor dilaporkan telah menemukan kaedah semula jadi dalam merawat rawatan luka kebakaran dengan menggunakan kulit ikan dan produk semula jadi lain bagi menggantikan pembalut sintetik.
Pakar dermatologi terkemuka menasihatkan penggunaan kulit ikan yang mampan untuk merawat luka kebakaran sebagai percubaan klinikal di Brazil dan mendapati kulit ikan jenis Tilapia lebih berkesan daripada pembalut luka standard.
Kaedah ini telah dipatenkan dan kini digunakan di hospital di seluruh dunia. Lebih 300 pesakit telah menggunakan kaedah rawatan tersebut.
Kulit ikan mengandungi sejumlah besar lembapan dan sejenis protein kolagen yang setanding dengan kulit manusia, di mana penyelidik berkata dapat menghalang parut dan menggalakkan penyembuhan.
Ia adalah proses dengan kaedah yang dipatenkan dan disterilkan sebelum digunakan. Sisik ikan itu akan dikeluarkan tetapi corak dan kulitnya kekal.
Menurut E-Magazie Medical Expo, penyelidik Felipe Rocher berkata, pasukan yang menjalankan penyelidikan dari Universiti Persekutuan Ceara di Brazil mendapati bahawa pada mulanya pesakit takut dengan idea menggunakan kulit ikan tersebut.
Kredit E-Magazine Medical Expo“Kebimbangan utama mereka ialah sama ada kulit akan terkeluar, tapi bau ikan akan kekal,” kata Felipe.
Walau bagaimanapun, para penyelidik mendapati bahawa disebabkan sifat penyembuhannya, pesakit yang melecur dan memerlukan rawatan susulan akan meminta menggunakan kaedah rawatan kulit ikan tersebut.
Kajian praklinikal mendapati kulit ikan mempunyai daya tahan yang lebih tinggi dan keupayaan yang lebih kuat daripada kulit khinzir. Penyelidikan juga mencadangkan bahawa menggunakan kulit ikan dalam rawatan luka kebakaran boleh mengurangkan kos sehingga 60 peratus.
Sementara itu, syarikat famaseutikal Jerman Birken AG yang kini dimiliki oleh Amryt Pharma sedang membangunkan gel yang diperbuat daripada ekstrak kulit kayu birch untuk merawat luka.
Sumber: E-Magazine Medical Expo
Baca: Lubuk Rahsia Nak Makan Buffet & Spa 5 Bintang Dengan Harga Bajet Di Lembah Klang