Walaupun kita menganggap rumah adalah tempat paling selamat tetapi banyak ciri-ciri keselamatan selalu dipandang remeh oleh sesetengah masyarakat.
Sebenarnya, bahan api atau mudah terbakar seperti tong gas di dalam rumah kita hendaklah sentiasa berada dalam keadaan selamat, jika tidak ia akan meletup serta membahayakan keselamatan orang ramai dan mungkin ada yang akan terkorban.
Seperti perkongsian daripada seorang wanita tentang pengalaman pahit dan hitamnya apabila beliau disambar api ketika memasak. Paling ngeri, api tersebut datang dari kabinet tong gas. Nasib menyebelahinya, dia mengalami cedera di kaki dan beberapa anggota badan yang lain tetapi tidak serius.
Ikuti perkongsian ini dan jadikan ia sebagai teladan dan pengajaran buat semua.
Salam Selasa semua. Baru harini ada kesempatan dan kekuatan nak cerita apa yang jadi dekat Norma hari Ahad baru-baru ni. Ambiklaa cerita ni sebagai 1 pengajaran naa.
Cerita dia.. Norma nak masak spagetti konon buat bekai makan tengah hari. Dekat rumah ni, tempat masak memang ada kabinet sendiri. Jadi, tong gas dengan beras ada dalam kabinet tertutup tu. Tak pernah terpikiaq yang kalau tong gas dalam kabinet tertutup boleh sebabkan hal macam ni.
“Masa tu laa api sambar Norma…”
Macam biasa sebelum mulakan masak, check gas dulu kot-kot ada bunyi atau bocor. Alhamdulillah tak dak. So, Norma pun mula masak dengan semangat. Tengah masak tu teringat ‘eh, nasi tak masak lagi!’ . So, masa tunduk nak ambik beras tu..(of course laa kena bukak pintu almari tu kan) masa tu laa api sambaq Norma.
Gambaq (gambar) baju ngn skirt tu adalah gambaq Norma terlibat dengan kebakaran. Yaaa Norma terbakaq naaa kawan. Alhamdulillah semua selamat. Cuma kaki jaa kena api sikit. Tapi dah p klinik ambik ubat krim dah. No worry.


Dan bulu mata dengan kening pun turut terbakaq. So, muka Norma a bit funny sekarang sebab kening dengan bulu mata tak dak. Ini telah menyebabkan kecederaan mental. Hilang keyakinan sekejap.

“Dok pikiaq kata tong gas nak meletup dah.”
Masih jelas dalam ingatan nampak api oren terus mai sambaq baju dengan skirt. Allahu!! Teruih lari masuk bilik ayaq. Then pi bukak tingkap dapur bagi luas. Bukak pintu. Baru tutup api cabut kepala tong gas. Mengeletaq kaki tangan. Dok rasa panas kat kaki. Pastu bau terbakaq. Dok pikiaq kata tong gas nak meletup dah.
Naseb baik laa masa kejadian tu, Harraz dengan Aaira tengah tengok tv dekat ruang tamu. Selalunya hari-hari Aaira la yang selalu pi main dekat tempat beras tu. Hobi dia. Ambik beras lambung buat macam hujan.
Mungkin gas tu ada bocoq tapi tak dak bau sebab dia dekat tempat tertutup. So bila bukak ja kabinet, api dekat dapur tu ‘trigger’ laa dengan gas yang baru keluar dari kabinet tu.
Sumber: Norma Samarudin