Gambar: FB Page Dato' Ustaz Mohd Kazim Elias

Doakan Ustaz Kazim, Mengadu Dirinya Tidak Stabil & Dimasukan Ke Hospital Semalam

Nur Adnin

Pendakwah terkenal, Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias atau lebih mesra dipanggil Ustaz Kazim Elias (UKE) dilaporkan dimasukkan ke hospital petang semalam sebaik sahaja tiba dari Bukit Jalil.

Difahamkan, beliau mengadu dirinya tidak stabil sejak Isnin lepas.

Makluman tersebut dihebahkan oleh pentadbir (admin) Facebook Page Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias pagi ini.

Sama-sama kita doakan agar beliau cepat sembuh dan diberi kesihatan yang baik.

Gambar: FB Page Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias

Sumber: FB Page Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias